5 Tabiat Buruk AWAK Pemilik Bisnes Online Perlu Segera Stop Buat

5 Tabiat Buruk AWAK Pemilik Bisnes Online Perlu Segera Stop Buat

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Itulah sifat semulajadi tabiat. Apa yang kita buat berulang kali dalam jangka masa pendek boleh memberikan kesan untuk jangka masa yang panjang. Dalam episod training kali ini, Syaza akan membawakan sebuah topik yang berkaitan dengan “5 Tabiat Buruk Pemilik Bisnes Online Perlu Segera Stop Buat” yang mana ianya berkaitan dengan masalah dan cabaran yang biasa dihadapi oleh awak – pemilik bisnes online!

5 Tabiat Buruk Owner Bisnes Online Perlu Ubah Segera - Episod 2

Tabiat #1 Owner Bisnes Online Perlu Stop Buat - Tidak Membina Kepercayaan Sebelum Menjual

Kepercayaan (trust) ialah nadi kepada keberlangsungan untuk menjayakan aktiviti menjual pada pelanggan. Tambah pula, kita berniaga secara online. Tidak bersemuka secara berdepan dengan pembeli. Maka, perlu untuk kita titikberatkan bab bina kepercayaan ni.

Kalau orang suka dengan kita, mereka akan dengar cakap kita. Tapi kalau mereka PERCAYA kepada kita, mereka akan berurusan dengan kita!

Tapi, malangnya ada dalam kalangan kita yang memilih untuk bersembunyi di sebalik tabir produk dan servis tanpa menonjolkan diri sendiri.

Tabiat #2 Owner Bisnes Online Perlu Stop Buat - Tidak Mendapatkan Perhatian

Bila awak scroll Instagram dengan Facebook, cuba kira berapa ramai yang awak jumpa semuanya duk menjual barang atau servis? Tak terkira kan. 😂

Orang yang buat bisnes online sekarang ni makin banyak. Ada je yang baru tumbuh setiap hari. Oleh sebab tu, awak perlu struggle untuk mendapatkan perhatian daripada bakal pembeli untuk mereka nampak awak sebelum nampak pesaing. 

Dari perhatian ni la akan muncul trust untuk orang beli dari awak.

Tabiat #3 Owner Bisnes Online Perlu Stop Buat - Tidak Tahu dan Tak Mahu Ambil Tahu Masalah

“Apa masalah aku ek, bisnes statik je kat tempat yang sama?” Jawapan 👉🏻 “Entahlah, aku pun tak tahu,”

Semua business owner mesti akan sampai pada fasa statik – bisnes tak berkembang. Mesti ada je la silap kat mana-mana. Yang tambah lebih silap adalah apabila kita tak tahu apa masalah dan tidak berusaha untuk sit down properly berfikir tentang masalah. 

Kenalpasti masalah ni perlu di buat setiap minggu, bulan dan tahun supaya kita tak ulangi kesilapan yang sama. 

Tabiat #4 Owner Bisnes Online Perlu Stop Buat - Tidak Berusaha Tukar Visitor Kepada Customer

Awak buat content bagus dah. Memang beri value yang tip top. Tapi awak belum dapat tukar visitor kepada customer. Orang melawat blog, media sosial awak.. cuma sekadar nak cari hiburan. Terutama apabila awak suka buat video pendek yang memang menghiburkan di TikTok atau reel. 

Tapi tu la.. orang cuma enjoy je content awak. Belinya, tidak. Atau kalau ada pun, 6 bulan kemudian baru dia beli. Errr, slow progress!

Tabiat ni awak kena stop iaitulah menghiburkan orang atau beri value terlebih sangat sampai lupa yang awak perlu untuk tukar (convert) visitor tu kepada customer

Itu adalah kemuncak kejayaan bisnes awak. Ingat ni, yang awak bukan pelawak, penghibur atau apa-apa je la – awak adalah seorang businesswoman! So.. berfikir seperti seorang businesswoman.

Tabiat #5 Owner Bisnes Online Perlu Stop Buat - Fokus Cari Customer Baru

Owner bisnes online selalu teruja untuk cari yang baru je sampai abaikan yang lama. Sedangkan, lubuk sales sebenar datang daripada – repeat order

Apabila awak dah lama buat bisnes (6 bulan ke atas) dan mendapati masih susah nak maintain bisnes – cuba check ada tak awak betul-betul servis / berhubungan (follow up, bina bonding) dengan customer lama?

Kesimpulan

Kalau awak teruskan dengan habit yang lima ini, maka.. hasilnya sama ada bisnes awak takkan ke mana-mana or awak akan berputus asa dan stop terus!

Ada banyak penyelesaian kepada topik ni tapi, Syaza akan kongsi satu yang terutama iaitulah..

Bagi membendung kelima-lima tabiat ini untuk jadi lebih teruk, mula balik dengan periksa semula personal branding awak. Dulu, branding ni cuma syarikat besar je yang buat. Tapi sekarang, even pemilik bisnes perseorangan macam kita pun perlu buat. 

Dari branding yang baik boleh bawa kepada trust, dapat perhatian, boleh tukar visitor kepada customer dan boleh ikat repeat customer untuk kekal setia dengan kita. Selain itu, kita juga boleh kenalpasti masalah dengan lebih mudah apabila buat personal branding.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You cannot copy content of this page