5 Tips Mula Bisnes Online Dengan Yakin

5 Tips Mula Bisnes Online Dengan Yakin

Nak mulakan perkara yang baharu biasanya akan mendatangkan perasaan yang bercampur baur. Perasaan yang paling tinggi adalah rasa takut dan tidak yakin diri. Apatah lagi kalau awak yang bergelar Ibu, baru mula nak menceburkan diri dalam dunia bidang bisnes online.

❌ Takut orang kata apa

❌ Takut tak dapat result yang diinginkan

❌ Tak yakin yang awak boleh perform macam orang lain

❌ Tak pasti bisnes awak boleh pergi sampai mana

❌ Takut dengan proses nak mendaki tangga kejayaan

…dan sebagainya.

Dalam episod kali ini Syaza akan kupas mengenai tips bagaimana awak yang bergelar IBU, yang baru nak mula menjinakkan diri dalam dunia bidang bisnes online ni, untuk dapatkan keyakinan yang jitu sebelum bermula!

Tips #1: Tetapkan Matlamat

Sebelum memulakan langkah dalam dunia bisnes online, awak perlu untuk menetapkan matlamat. Benda ni penting sebab bisnes online ni bukanlah seperti yang awak bayangkan – sesuatu yang mudah. Oleh itu, matlamat yang betul akan membantu untuk awak tidak cepat putus asa atau rasa penat apabila perkara yang awak buat tidak mendatangkan hasil.

Tanya kepada diri awak beberapa soalan seperti

👉🏻 Kenapa aku nak berniaga online? Kenapa tak offline je?

👉🏻 Apa reason yang membuatkan aku tiba-tiba rasa nak berniaga online ni?

👉🏻 Apa big why aku untuk aku terus kuat andai kata terjadi sesuatu di pertengahan jalan masa tengah bisnes?

Antara matlamat yang biasanya dijadikan matlamat oleh para Ibu yang buat bisnes online ini adalah:

  • Ingin membantu suami, meringankan beban suami
  • Ingin meningkatkan taraf ekonomi keluarga kepada yang lebih baik
  • Ingin mencari alternatif pekerjaan yang dalam masa yang sama tidak perlu untuk mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu
  • Nak selalu dekat dengan anak tapi dalam masa yang sama ingin bekerja bagi kukuhkan ekonomi keluarga
 

Dan sebagainya. Walau apa jua sebab yang awak tetapkan, peganglah dengan sebab musabab tersebut sebab suatu hari nanti awak akan memerlukannya. 

Matlamat ini juga akan menjadi kunci utama yang membantu awak di kala orang sekeliling awak mula mempersoalkan tindakan awak hari demi hari. Apabila awak jelas dengan apa yang awak nak, inshaAllah perjalanan di masa akan datang akan jadi lebih mudah.

Tips #2: Minta Restu Pasangan

Amat penting untuk awak mendapatkan restu pasangan supaya mereka akan lebih memahami apabila datang perkara yang perlu untuk mereka faham. Menjadi mompreneur, adalah tidak sama dengan stay at home mom. Awak tetap bekerja, bezanya awak bekerja daripada rumah dan memiliki masa yang lebih fleksibel tanpa campur tangan orang atas / boss. Itu sahaja. Selebihnya.. awak tetap bekerja! Oleh itu, perlu untuk awak minta restu dari pasangan supaya mereka juga memberikan support dan sokongan padu kepada awak.

Tips #3: Jual Produk Yang Awak Sendiri Dah Guna Dan Dapat Kesan

Ini cheat code paling best! Bila awak jual produk yang awak sendiri dah guna dan dapat manfaat, awak akan happy untuk berkongsi tanpa jemu setiap hari. 

Elak dari menjual sesuatu yang awak sendiri tak pernah guna. Sebab awak cuma akan kelihatan terdesak apabila menjual benda yang awak tak pernah guna. 

Tips #4: Cari Mentor Yang Betul

Ada kenal kawan awak yang awak rasa dia boleh bantu awak untuk melangkah lebih jauh dalam bisnes online? Jangan segan silu untuk bertanya kepada dia dan terus terang kepadanya bahawa awak ingin menjadikannya mentor awak. 

Atau cara terbaik ialah awak boleh bayar seseorang untuk jadi mentor awak. Ada servis macam ni cuma agak mahal. Sebab awak juga tak boleh expect atau rasa marah kalau kawan awak tak dapat nak bantu awak secara percuma SELAMANYA.

Apa pun amat penting untuk awak cari mentor yang betul. Sebab yang betul itulah yang akan memandu awak ke arah destinasi yang awak nak dan yang akan percaya dengan awak sepanjang perjalanan awak. 

Lebih baik jika awak telah pun memilih circle bisnes yang memang ada mentor yang akan membimbing secara percuma je. Cuma, kena belajar hargai mereka dengan baik terutama kalau awak memang dapat mentor yang best!

Tips #5: Mulakan Dengan SATU Platform Media Sosial

Ye, Syaza tahu awak sangat bersemangat untuk mulakan bisnes online sampai awak nak ada kat semua tempat! Sabar. 

Binalah kredibiliti di SATU platform sahaja dulu. Pilih tempat yang mana awak dah ada follower, kawan. Kalau semua tempat belum ada? It is okay. Start dari bawah. 

Apabila awak dah wujudkan personal branding dengan berfokus kepada SATU tempat dahulu, bila awak nak buka “cawangan” di tempat media sosial lain, ia akan jadi lebih mudah. 

Kesimpulan

Untuk memulakan sesuatu itu amat mudah. Tapi untuk menghabiskannya dan berada di jalan yang sama bertahun-tahun lamanya bukan mudah. Gunapakai kelima-lima tips ini bila mana awak rasa sudah mula goyah dan tak yakin dengan bisnes online awak. 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You cannot copy content of this page