5 Entri Utama Yang Perlu Ada Dalam Blog Awak

5 Entri Utama Yang Perlu Ada Dalam Blog Awak

Jadi sekarang ini awak dah ada blog untuk digunakan sebagai medium marketing bagi bisnes online awak. Tapi blog masih kosong. Blur, tak tahu nak tulis tentang apa? Tak tahu nak mulakan dari mana? Jangan risau, awak dah datang ke tempat yang betul.

Dalam episod kali ini Syaza akan berkongsi kepada awak mengenai apa artikel utama yang awak perlu mula menulis dahulu di dalam blog untuk bisnes awak yang masih baru itu.

Apa Entri Utama Yang Kena Ada Dulu Dalam Blog? - Episod 6

Lepas buat entri di blog, semestinya perlu ada orang baca entri tersebut. Baru awak ada trafik. Dari trafik boleh bawa kepada adanya jualan sekiranya mereka baca dan berminat dapatkan produk yang awak kongsikan. Jadi untuk mengetahui tentangnya, download e-book percuma ini dengan tekan button di atas. 👆🏻

Apa Nak Tulis Dalam Blog Baru #1 - Siapa Awak?

Mulakan dengan menulis artikel mengenai diri awak. Matlamat dari artikel tersebut ialah, pembaca tahu siapa penulis blog tersebut.

Antara isi yang Syaza sarankan untuk ada dalam entri tersebut ialah

  • Latar belakang pendidikan
  • Nama panggilan
  • Status perkahwinan dan sedikit mengenai keluarga
  • Bisnes yang awak sedang jalankan
  • Bagaimana awak menjumpai bisnes tersebut
  • Sebab awak membuat blog
  • Kenapa pembaca perlu untuk terus mengikuti perkembangan awak
  • Kelebihan / keunikan yang ada pada diri awak
  • Matlamat, visi, misi awak di dalam bisnes yang awak sedang jalankan
  • Perkara yang awak berjaya atasi berkaitan cabaran serta masalah dalam bisnes dan bagaimana ia boleh membantu pembaca 
  • Harapan awak kepada pembaca blog
 
Selain itu, gambar awak mesti ada dalam entri. Letakkan bersama gambar sokongan (jika ada). Link-kan dengan media sosial awak sekali supaya pembaca boleh terus follow, add friend atau like medium media sosial awak.

Apa Nak Tulis Dalam Blog Baru #2 - Cara Hubungi

Tulis sebuah entri tentang macam mana pembaca yang berminat dengan produk atau servis yang ditawarkan boleh menghubungi awak bagi mendapatkannya. 

Apa yang perlu ada ialah simple sahaja cukup sekadar letak nombor telefon yang ada WhatsApp (sebab zaman sekarang WhatsApp itu sumber utama berbanding SMS – jadi make sure nombor telefon awak ada WhatsApp).

Untuk lebih advance, tambahkan ruangan untuk pembaca yang berminat nak subscribe newsletter awak supaya mereka dan awak boleh berhubungan antara satu sama lain di dalam emel mingguan atau bulanan yang akan awak hantar kepada mereka.

Apa Nak Tulis Dalam Blog Baru #3 - Bahagian Produk

Straight to the point, ruangan ini ialah tempat di mana awak terus meletakkan produk yang awak jual. Sekiranya ada terlalu banyak, cukup untuk buat entri berkaitan dengan senarai harga (pricelist).

Apa Nak Tulis Dalam Blog Baru #4 - Peluang Bisnes

Matlamat entri ini ialah untuk pembaca yang nak tahu lebih lengkap tentang peluang bisnes yang awak ada tawarkan untuk mereka.

  • Dropship?
  • Affiliate?
  • Ejen?
  • Stokis?
  • Business partner?
 

Apa sahaja yang sewaktu dengannya. Yang paling penting perlu ada ialah mengenai expectation awal tentang bisnes awak sama ada dari segi pelan pampasan, insentif, reward, dan sebagainya.

Apa Nak Tulis Dalam Blog Baru #5 - Testimoni

Ini adalah entri yang paling senang untuk di tulis. Tulis sekurang-kurangnya lima artikel tentang testimoni produk killer yang paling bestseller

Kesimpulan

Membuat blog memang mudah. Cuma perlu sign up sahaja. Tetapi untuk MULA menulis, ia memakan masa kerana kita akan mudah blur – tak tahu nak mula dari mana.

Oleh itu, mulalah daripada membuat 5 artikel / entri yang Syaza cadangkan seperti di atas. InshaAllah, akan ada lebih banyak idea yang mengalir ketika menulis tentang artikel asas di atas.

Syarat dia, kena mula tulis (atau taip sebenarnya, hehehe). 5 idea artikel ni adalah paling asas yang selalu di cari pembaca. 

Langkah seterusnya, promote artikel yang awak tulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You cannot copy content of this page