Apa Beza Blog dengan Website?

Apa Beza Blog dengan Website?

Kalau awak ada blog atau website, dan awak keliru.. jangan risau, awak tidak keseorangan.

Majoriti pemilik bisnes yang memiliki blog atau website ini memang akan terkeliru sama ada apa yang mereka sedang bina itu blog atau website sebenarnya?

Secara umum, sebenarnya tak ada banyak beza pun antara kedua ini. Secara teknikalnya, blog dan website ialah benda yang sama. Tetapi, tetap ada perbezaan antara dua ini yang perlu untuk awak tahu.

Nak tahu 7 Perkara Yang Awak Perlu Prepare Sebelum Ada Blog? Klik untuk mendapatkan PDF ini secara percuma dengan klik di bawah..

Apa Itu Blog?

Blog ialah sebuah website yang mana isi kandungan didalamnya adalah dalam keadaan turutan kronologi mengikut tarikh yang awak terbitkan kandungan tersebut. 

Terbitan paling latest akan diletakkan di bahagian atas sekali. Isi kandungan blog kebiasaannya di panggil sebagai entri atau blog post. Sebuah blog juga bersifat dinamik, tidak statik dan akan di update dengan kerap, berbanding website yang lebih statik dan tidak di update kerap. 

Apa yang menariknya, blog ini boleh didapatkan secara percuma sahaja dengan sebuah platform terkenal yang telah dilancarkan pada tahun 1999 oleh Google – blogger.com.

Blog juga biasanya dijadikan untuk tujuan menulis perkara yang lebih peribadi dan di anggap sebagai diari maya. Namun, masa berlalu. Kini, ramai pemilik bisnes yang menjadikan blog bukan sahaja tempat peribadi, tetapi ia juga menjadi tempat mereka menjual produk serta menjana income!

Apa Itu Website?

Website merupakan sebuah page yang statik dan ada banyak koleksi landing page atau page yang terkumpul dalam satu domain. Tidak seperti blog yang awak boleh dapatkan secara percuma melalui blogger.com, website pula awak perlu dapatkan dengan servis web atau WordPress hosting. 

Selain itu, website ini juga boleh digunakan dengan pelbagai tujuan seperti bisnes, peribadi dan malah untuk tujuan korporat bagi agensi swasta mahu pun kerajaan. Walaupun ada pelbagai tujuan seseorang menggunakan website, objektif paling utama apabila website menjadi pilihan ialah untuk menjadikannya tempat utama bagi memberi maklumat penting kepada setiap pelawat yang masuk ke dalamnya. 

Ia ibarat sebuah brochure untuk bisnes, syarikat dan organisasi. Atau boleh juga jadi ibarat sebuah portfolio untuk diri awak.

Bagaimana Blog Itu Berbeza Dari Website?

Blog adalah sejenis website. Perbezaan ketara ialah blog ini memiliki isi kandungan (content) yang sering dikemaskini manakala website ialah lebih statik dengan susunan “pages” yang lebih tersusun.

Sebuah blog boleh menjadi sebahagian dari website. Contoh paling mudah, awak boleh pergi kepada blog www.vitaminsyaza.com dan lihat ke bahagian “menu” – ada bahagian blog.

Itulah apa yang dimaksudkan dengan blog boleh untuk menjadi sebahagian dari website. Di awal kemunculan blog, ia sering dijadikan sebagai jurnal peribadi online. 

Tetapi apabila potensi blog sudah mula orang nampak, mereka telah memilih blog sebagai tempat untuk bisnes! Blog digunakan untuk memastikan prospek, pelanggan sentiasa up-to-date dengan info produk, testimoni, event dan sebagainya sebagai salah satu strategi untuk search engine optimisation (SEO) dan bagi menjadi tempat agar sentiasa engage dengan cerita menarik bagi pelanggan mereka.

Blog Syaza yang Syaza gunakan untuk membangunkan content bagi menjual produk dan update selalu dengan pelanggan Syaza adalah contoh sebuah blog dan website. Syaza ada content yang di tulis secara berkala, dan Syaza juga ada page statik seperti “tentang Syaza” di sana. Syaza membangunkan blog tersebut dengan WordPress. 

Nak tahu 7 Perkara Yang Awak Perlu Prepare Sebelum Ada Blog? Klik untuk mendapatkan PDF ini secara percuma dengan klik di bawah..

Apa Perbezaan Blog dan Website dari Segi Content?

Dari segi content, website memiliki “pages” – ia umpama sebuah bahagian di dalam brochure. Webpages boleh diasingkan mengikut kategori tertentu bergantung kepada content. 

Sebagai contoh, sebuah page boleh mengandungi homepage – bahagian untuk informasi umum mengenai syarikat, bisnes atau individu tersebut. Page lain pula mengandung senarai produk atau servis yang awak jual. Dan di dalam page lain pula awak boleh untuk buat sebuah page statik untuk cara-cara menghubungi awak dan sebagainya.

“Posts” pula ialah diwujudkan untuk di baca bagi mendapatkan content yang lebih terkini dan mudah untuk di baca. Ia juga mengandung kombinasi penulisan, gambar, video, podcast dan feed media sosial.

 

Boleh Ke Ada Blog dengan Website Dalam Masa Yang Sama?

Ya, boleh. Tetapi awak perlu untuk menggunakan platform WordPress atau web page hosting. Awak ada sebuah homepage yang statik, dan awak letakkan bahagian “Blog” di bahagian menu. Ianya akan memberikan impak untuk bisnes dan diri awak kelihatan lebih profesional dan berkredibiliti berbanding pesaing awak yang cuma ada salah satu.

Bila awak ada kedua-duanya, blog dan website.. awak ada kelebihan iaitu dengan website yang ada homepage statik: ia akan menjadi tempat pembaca untuk mengetahui secara umum mengenai diri awak, produk yang di jual dan sebagainya.

Manakala dengan adanya blog di dalam website tersebut, awak akan sentiasa memiliki content terkini dan pembaca akan lebih suka untuk berurusan apabila mengetahui bahawa blog yang mereka baca itu masih “hidup”.

Malah, blog ialah medium terbaik untuk awak sentiasa menyampaikan ilmu, tips dan berita terkini kepada audiens awak.

Bersedia Untuk Ada Sebuah Website Dengan Blog?

Download  7 Perkara Yang Awak Perlu Prepare Sebelum Ada Blog. Klik untuk mendapatkan PDF ini secara percuma dengan klik di bawah..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You cannot copy content of this page