Tak Suka Media Sosial, Terpaksa Muncul Sebab Bisnes Online [7 Tips Guna MedSoc]

Tak Suka Media Sosial, Terpaksa Muncul Sebab Bisnes Online [7 Tips Guna MedSoc]

Menyampahlah nak online! Tunjuk itu ini, tapi… tak boleh nak menyampah sangat sebab awak buat bisnes ONLINE! So, nak tak nak, kena la online. Macam mana ek, nak atasi perasaan love hate relationship dengan media sosial ni?

Tak Suka Media Sosial, Terpaksa Muncul Sebab Bisnes Online [7 Tips Guna Media Sosial + Manage Masa] Episod 1

Cara Atasi Masalah Love Hate Relationship dengan Media Sosial untuk Pemilik Bisnes Online #1 - Berbalik Kepada Niat

Berbalik kepada niat. Tujuan utama awak menggunakan media sosial adalah bagi mepergunakan lubuk tersebut untuk menjana income dan sales! Oleh itu, elak daripada menggunakannya untuk melihat / stalk orang lain seperti artis dan sebagainya. Gunakan sepenuhnya media sosial yang pada masa kini menjadi lubuk tumpuan manusia untuk awak generate income awak daripadanya.

Cara Atasi Masalah Love Hate Relationship dengan Media Sosial untuk Pemilik Bisnes Online #2 - Gunakan Laptop Ketika Bekerja

Buka media sosial di laptop apabila waktu bekerja. Sebagai seorang pemilik bisnes online dan mompreneur, Syaza sangat yakin bahawa masa awak banyak berada di rumah sendiri yang merangkap office awak. Jadi, daripada menggunakan telefon bimbit untuk melaksanakan kerja, tukar kepada laptop (or desktop – whichever yang awak ada). 

Jadi fleksibel. Bukanlah sepanjang masa memerlukan awak duduk menghadap laptop. Dua jam waktu bekerja yang awak telah letakkan sebagai masa bekerja awak itu, guna laptop. Ini termasuklah kerja-kerja membuat poster dan content creation. Benda ni penting supaya awak tak leka. Kalau guna handphone, percayalah.. mesti akan terbuat benda lain yang tak sepatutnya. Kalau bukak di laptop, kan besar tu nak scroll benda lain, hehehe

Cara Atasi Masalah Love Hate Relationship dengan Media Sosial untuk Pemilik Bisnes Online #3 - Fokus Kepada Matlamat Yang Betul (Bukan Metrik)

Tidak fokus kepada metrik iaitulah like, komen, dan share! Bila awak buat posting, letakkan metrik ini sebagai matlamat akhir awak. Sebagai orang bisnes, matlamat awak yang paling utama adalah posting itu boleh convert kepada income!

Apabila awak buat posting untuk metrik, iaitu nak dapat like, komen dan share maka itulah yang awak akan dapat. Atau.. boleh jadi yang mana memang kebanyakan masa awak tak dapat – ianya mengundang awak untuk rasa stress. Akhirnya awak rasa media sosial dan taktik awak hanya sia-sia. Sedangkan sebenarnya awak cuma tersalah fokus pada matlamat yang salah. Oleh itu, mulai saat ini belajar untuk shift fokus awak kepada matlamat yang lebih besar sebagai pemilik bisnes online iaitulah menjadikan posting tempat untuk convert pembaca kepada raving fan atau customer awak.

Cara Atasi Masalah Love Hate Relationship dengan Media Sosial untuk Pemilik Bisnes Online #4 - Kumpul Database Email Marketing

Di dalam zaman media sosial yang semakin tepu ini, berapa persen je yang nampak posting awak. Dahlah nampak lepas tu, mereka melupakan awak. So, cara nak bersaing dalam dunia media sosial ni adalah pastikan awak menjadi pengguna email marketing.

Yang mana taktik ini ramai pemilik bisnes online abaikan. Jadikanlah media sosial sebagai orang tengah untuk menyampaikan info kepada maklumat utama awak yang ada di blog atau laman web awak. Subscriber email adalah lubuk emas sebenar awak. Mereka adalah raving fan awak!

Cara Atasi Masalah Love Hate Relationship dengan Media Sosial untuk Pemilik Bisnes Online #5 - Elak Mengejar Kesempurnaan

Pembaca akan lebih menghargai bagaimana awak deal dengan ketidaksempurnaan yang awak lalui berbanding dengan awak hanya berusaha untuk tunjuk semua benda kelihatan sempurna. Berusaha untuk elak daripada terlalu menjadi perfectionist. Termasuklah dalam benda remeh seperti pemilihan warna, font dan sebagainya. Tak dilupakan copywriting. Jangan terlalu nak follow tips atau strategi yang sifu bagi sampai awak terlupa menjadi diri sendiri yang sememangnya tidak perlan lari dari ketidaksempurnaan.

Cara Atasi Masalah Love Hate Relationship dengan Media Sosial untuk Pemilik Bisnes Online #6 - Allocate Masa Khas untuk Money Making Activities

Letakkan masa khas untuk money making activities. Bukan semua aktiviti media sosial tu boleh menghasilkan awak duit. Oleh itu, allocate la masa yang bersesuaian. Contohnya, suatu hari awak ada buat Instagram reel dan tiba-tiba reel awak viral! Ramai orang komen, DM non-stop. Argh excitednya. Tapi, takkan setiap masa awak nak respon dekat DM atau komen orang. So.. allocate la masa khas maybe 1 jam untuk respon sahaja semua komen dan DM. Sebab benda ni penting, inilah money making activities (salah satunya) iaitu, membina rapport bersama follower awak. Contoh ini juga boleh di gunapakai walaupun posting awak belum viral. Jadikan habit untuk time allocation ni supaya awak boleh uruskan masa dengan baik dari masa ke semasa.

Cara Atasi Masalah Love Hate Relationship dengan Media Sosial untuk Pemilik Bisnes Online #7 - Enjoy!

Enjoy! Rilek je, tak perlu stress-stress. Bila dah set target, usaha je untuk dapatkannya. Jika belum berjaya, cuba selidik part mana yang kurang. Belajar perbaiki.

Kesimpulan

Kita yang merupakan pemilik bisnes yang menggunakan medium online bagi mendapatkan sales dan income – nak atau tak nak, suka atau tidak – memang perlu jaga online presence. Kuncinya adalah konsisten!

Dengan cara yang betul, inshaAllah kita boleh enjoy dengan media sosial dan takde alasan bahawa media sosial menyebabkan time consuming.

Jadilah pengguna media sosial yang bijak dengan menjadikan media sosial ni just sebagai orang tengah je yang menyampaikan maklumat ke medium utama. Collect database email. 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You cannot copy content of this page