4 Langkah Close Deal Customer Dari WhatsApp

4 Langkah Close Deal Customer Dari WhatsApp

Lepas dah buat marketing, awak mesti akan berjaya mendapatkan prospek yang akan private message (PM) awak kat WhatsApp untuk bertanya tentang produk yang awak jual.

Percaya atau tidak, orang lama pun akan gelabah dan gementar bila dapat prospek yang PM walaupun dah otai dalam bisnes!

Jadi macam mana cara nak layan customer yang WhatsApp awak dan sekaligus berjaya mendapatkan jualan (close deal / close sale)?

Dalam episod kali ini Syaza berkongsi dengan awak mengenai “4 Cara Layan Customer di WhatsApp dan Close Deal”.

4 Cara layan Customer di WhatsApp Untuk Close Deal - Episod 12

download skrip follow up lepas kena bluetick dengan customer syaza khan

Seperti biasa, dalam setiap episod di Syaza Khan TV, Syaza akan menyediakan freebies yang awak boleh download secara percuma.

Selepas proses nak close deal, mesti akan ada fasa follow up untuk customer yang tidak respon atau berkata nak beli waktu gaji. Itulah freebies kali ini iaitulah “Skrip Follow Up Customer Selepas Kena Blue Tick”

Tekan butang di atas untuk download 👆🏻

Cara Layan Customer di WhatsApp untuk Close Deal #1 - Terima Kasih

Pertama sekali, ucap terima kasih kepada yang PM awak.

Tak kira la, mereka PM dengan cara yang agak tidak bersopan seperti, “Nak harga”, “Berapa ni,”, “Jual ke,”.. dan yang sewaktu dengannya. 

Respon dengan ucapan terima kasih sebab mereka pilih untuk menghubungi awak dalam banyak-banyak orang yang menjual. Itu juga tanda awak bersyukur kepada Allah yang terutama telah menggerakan hati mereka untuk contact awak!

Cara Layan Customer di WhatsApp untuk Close Deal #2 - Jawab Soalan

Terus jawab soalan yang customer tanya (kalau conversation dimulakan dengan soalan-lah). Selalunya memang begitu, customer akan bertanya. Terus jawab on the spot tanpa bertangguh.

Sebab kalau awak melencong ke tempat lain tanpa jawab soalan mereka, kesannya mereka akan turn off dan tak rasa berminat dah nak membeli dari awak.

Contoh, mereka PM dengan soalan.. “Berapa harga ni?”

Terus je jawab, “Hi, terima kasih sebab contact saya. Harga untuk ni ialah ____”

Syaza faham, kadangkala awak takut nak terus jawab terutama yang berkaitan harga sebab risau customer akan lari lepas dengar harga. 

Awak boleh apply skrip follow up – download je kat bawah ni. 

Dan seterusnya ialah step yang ketiga!

Cara Layan Customer di WhatsApp untuk Close Deal #3 - Akhiri Dengan Soalan

Untuk bantu customer respon WhatsApp awak, akhiri conversation dengan soalan. Tips ini juga untuk elak awak daripada kena blue tick dengan customer selepas awak jawab soalan mereka.

Contoh (dari sambungan tips kedua), “Hi, terima kasih sebab contact saya. Harga untuk ini ialah ____. Since produk ni dia ada banyak manfaat, boleh saya tahu Cik nak produk ni untuk keperluan apa ya?” 

Cara Layan Customer di WhatsApp untuk Close Deal #4 - Cari Titik Persamaan

Kalau customer dah respon sampailah ke step ketiga iaitu dia jawab soalan awak.. maka, awak dah nak tinggal sikit je lagi untuk sampai kepada yang sepatutnya – close the deal! 😍

Langkah seterusnya ialah cari titik persamaan dengan mulakan ice breaking.

Contoh respon (sambungan dari step ketiga).. “Oh I see. Jadi Cik nak produk ni untuk masalah ____.

Yups inshaAllah produk ni boleh bantu untuk masalah ____.

Ni ada testimoni pengguna lain yang berjaya selesaikan masalah ____ macam Cik juga. 

Btw, nama Cik apa yer and duduk mana?”

Apabila customer selesa dengan awak, ia akan semakin memudahkan urusan untuk awak close deal, insha-Allah. 

Kesimpulan

Dalam proses nak close deal, awak akan berjumpa dengan bermacam ragam jenis customer. Ada yang baik, ada yang sombong. Nasihat Syaza, don’t judge a book by its cover! Kadang-kadang yang macam sombong tu la end up borong paling banyak, hehehe

Step seterusnya jika awak hanya di blue tick kan je oleh customer, follow up mereka dengan skrip yang Syaza sediakan dari freebies dekat bawah – skrip follow up customer lepas kena blue tick. 👇🏻

Sumber Lain Yang Boleh Membantu Bisnes Online Awak Untuk Lebih Baik

✨  O.M.CEO – Klik untuk sertai kami di sini

AKA Online Mompreneur CEO, ini adalah Group Facebook Utama Mastermind Syaza Khan yang mengumpulkan golongan mompreneur yang memiliki misi yang sama iaitulah untuk mengembangkan bisnes di tahap lebih baik tanpa perlu mengabaikan hak suami, anak serta keluarga. Jom join kami dan kenalkan diri awak serta bisnes awak.

📌 Pengurusan Marketing Untuk Awak Yang Buat Bisnes Ada Jual Banyak Produk – Baca Selanjutnya di sini

Untuk elak daripada cepat burn out, letih atau putus asa.. awak perlu manage (kawal) pengurusan marketing terutama jika bisnes awak ada banyak produk yang di jual dalamnya. Dalam episod ini Syaza berkongsi 3 tips bagaimana nak buat marketing untuk produk yang banyak dalam satu masa.

🌟 Rasa Tak Yakin Jer Nak Buat Bisnes Online – Baca Selanjutnya di sini

Episod ini Syaza share tentang 5 tips untuk membina keyakinan diri sama ada bagi yang baru atau dah lama bisnes online.

📌 Adakah awak mendapat nilai ilmu daripada topik ini?

Syaza harap awak dapat sebab Syaza meletakkan sepenuh hati Syaza setiap minggu untuk menyediakan training tentang tips, strategi, taktikal online marketing untuk awak.

Nak kongsi post ini sebab awak mendapati ianya sangat memberi manfaat?

Setiap Isnin Syaza post video terbaharu untuk latihan dan sumber percuma di blog. 

Setiap Rabu Syaza akan adakah LIVE Q&A di Facebook. So make sure dah LIKE Facebook Syaza tau.

❤️😊 Follow Syaza di Instaram. 

Kekal berhubung dengan Syaza. Jemput komen di bawah! 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You cannot copy content of this page