Selalu Post di Instagram Story Sahaja dan Abaikan Instagram Feed?

Selalu Post di Instagram Story Sahaja dan Abaikan Instagram Feed?

Hello Instagram user – yang ada bisnes online. Selalu post dekat Instagram story je dan abaikan Instagram feed?

Kalau orang klik story awak, berderet-deret! Sehari 10 pun boleh. Tapi feed awak, last update err.. seminggu or lebih teruk sebulan lepas?

..atau tahun lepas? 😳

Oh tidak! Awak dah terlepas sebuah peluang yang cukup besar apabila awak cuma fokus kepada story sahaja dan tidak kepada feed.

Dalam episod kali ini, Syaza akan kongsi untuk awak yang ada bisnes online mengenai mengapa awak perlu untuk aktifkan Instagram feed DAN story dalam masa yang sama. 😊👇🏻

Kenapa Awak Post kat Instagram Story Je - Episod 5

Kenapa Awak Tak Boleh Hanya Fokus Pada Instagram Story Sahaja #1 - Story Hanya Untuk Follower Sedia Ada

Instagram story ialah sebuah feature yang mana hanya untuk follower awak yang sedia ada sahaja. Siapa yang follow awak, merekalah yang akan dapat nampak bubble berwarna yang naik di feed. Mereka juga yang akan klik. Jadi kalau awak hanya fokus kepada story sahaja ia seolah-olah awak tak nak grow kan lagi bisnes awak dan nak hanya berada dalam lingkungan circle sedia ada sahaja.

Kenapa Awak Tak Boleh Hanya Fokus Pada Instagram Story Sahaja #2 - Feed Boleh Naik di Reach

Bila sebut feed, Syaza maksudkan keseluruhan jenis feed termasuklah carousel, poster, gambar dan juga reels! 

Dengan mengaktifkan feed, awak boleh ditemui oleh customer, prospek, dan klien yang baru. Sebab hanya feed je yang akan naik dekat kawasan search di Instagram. Story tak naik.

Kenapa Awak Tak Boleh Hanya Fokus Pada Instagram Story Sahaja #3 - Fungsi Story dan Feed Berbeza

Story berfungsi untuk awak bina lebih dalam hubungan di antara awak dengan follower. Selain itu, dari story juga akan meningkatkan kepercayaan (trust) mereka kepada awak. Feed pula untuk membantu kredibiliti awak. Dari feed la mereka akan klik story awak. 

Kesimpulan

Jika awak nak kembangkan bisnes awak kepada lebih ramai orang, maka awak perlu aktifkan feed awak. Tetapi jika awak memang tak nak kembangkan bisnes dengan lebih meluas dan nak hanya ianya berlegar di sekitar follower sedia ada awak sahaja – boleh teruskan konsisten di story sahaja. Berapa kali nak post kat feed? Apa nak post?

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You cannot copy content of this page