8 Sebab Video Marketing Adalah Jenis Content Terbaik 2022

8 Sebab Video Marketing Adalah Jenis Content Terbaik 2022

Pemasaran dari jenis video (video marketing) semakin menjadi pilihan ramai. Lambakan jenis pilihan video sama ada yang panjang seperti di YouTube, Facebook Watch, Instagram TV (IGTV) mahu pun pendek seperti di TikTok dan Instagram Reels semakin mendapat tempat. 

Namun begitu, awak masih lagi belum menjadi salah seorang daripada pemilik bisnes online yang mengambil kesempatan dengan trend ini untuk menggunakan video marketing. 😳

Hurmmm… adalah satu kerugian yang amat besar jika awak mengabaikan video marketing ini. 

Dalam episod kali ini, Syaza berkongsi mengenai “8 Sebab Kenapa Awak Perlu Menggunakan Video Marketing Sebagai Jenis Content Utama” terutama sekali untuk tahun 2022 ini bagi awak yang ada bisnes online.

8 Sebab Video Marketing Pilihan Strategi Content Terbaik - Episod 8

LIVE Video ialah antara jenis video marketing yang sangat powerful dan menarik banyak engagement dengan audiens yang lebih banyak. Jika nak tahu tentang bagaimana cara untuk membuat LIVE di Facebook dan Instagram lebih menarik, download e-book tersebut dengan klik button di atas 👆🏻

Masih Belum Kuat Keyakinan Mula Bisnes Online? Episod ini untuk awak >> 5 Tips Yakin Bisnes Online

Kenapa Video Marketing #1: Orang Lebih Suka Menonton Video

Mengikut survey yang di buat oleh Wyzowl, 96% orang lebih suka menonton video penerangan tentang sesuatu produk atau servis berbanding membaca tentangnya. Secara purata, dalam seminggu, individu menghabiskan masa hampir 16 jam untuk menonton video bagi mencari maklumat.

Kenapa Video Marketing #2: Video Menjadi Pilihan Utama

66% orang lebih memilih video berbanding 18% yang suka content dalam bentuk penulisan.

Kenapa video menjadi pilihan utama? Sebab kebanyakan orang tak ada masa yang banyak untuk membaca dengan terperinci apabila ingin mendapatkan maklumat tentang sesuatu produk dan servis.

Majoriti lebih gembira meluangkan masa menonton video 5 hingga 20 minit dengan tujuan untuk mencari maklumat berbanding membaca!

Kenapa Video Marketing #3: Meningkatkan Keyakinan Untuk Membeli

Video meningkatkan lagi brand awareness. Orang lebih tertarik nak beli apa yang awak jual selepas mereka tonton video tentangnya. Secara peratus, 84% pembeli akan membeli selepas menonton video penerangan dari awak.

Kenapa Video Marketing #4: Menarik perhatian

87% pemilik bisnes online bersetuju yang video marketing lebih membantu menarik perhatian pembaca untuk masuk ke dalam website mereka. 

Selain itu, video lebih memiliki 2 kali ganda potensi untuk dikongsikan (SHARE) berbanding content dalam bentuk lain seperti penulisan, poster dan lain-lain.

Kenapa Video Marketing #5: Menjadikan Emel Marketing Lebih Menarik

Video meningkatkan return of investment (ROI) untuk email marketing. Dengan meletakkan video dalam emel, pembaca akan ambil masa lebih lama untuk spend masa membaca emel awak.

Dan.. sekaligus meningkatkan potensi untuk mereka klik call to action (CTA) yang awak letak dalam emel. Hasilnya? Potensi untuk sales awak meningkat juga lebih tinggi!

Kenapa Video Marketing #6: Bina Kepercayaan dan Kesetiaan Pelanggan

Trust atau kepercayaan sangat perlu awak pentingkan apabila berniaga terutama sekali secara online.

Awak tak dapat bersemuka dengan pelanggan secara 1-1.

Alternatif terbaik adalah dengan menggunakan video marketing ini kerana ia akan membuatkan awak kelihatan lebih “hidup” dan “wujud” berbanding hanya bersembunyi kaku dalam gambar dan penulisan.

Selain itu, kebanyakan pelanggan awak semestinya terdiri dari kalangan mereka yang pada mulanya awak sendiri tak kenal (stranger). Jadi dengan video, ia akan buat mereka rasa “lebih dekat” dengan awak. Feel alive gituh! 😉

Kenapa Video Marketing #7: Naikkan Ranking Website

Dengan meletakkan video ke dalam website awak, daripada laman utama (homepage) hingga ke bahagian blog, ia akan menggalakkan pembaca untuk kekal dalam sesebuah entri dengan lebih lama. 

Website awak juga memiliki potensi sebanyak 53 kali ganda untuk muncul dalam senarai carian internet berbanding website lain.

Enjin carian internet seperti Google suka menggunakan kepelbagaian dalam menentukan ranking website. Oleh sebab itu, kebanyakan yang menggunakan enjin carian ini percaya bahawa salah satu faktor yang memberi impak besar ialah tempoh masa seseorang ambil untuk berada dalam website awak.

Semakin lama orang “duduk” dalam website awak, semakin memudahkan untuk website awak naik rank dan stabil! Video boleh menyebabkan perkara ini sebagai penyumbang utamanya. 

Selain itu, video membuatkan website awak lebih profesional.

Kenapa Video Marketing #8: Memudahkan Orang Lain

Content dalam bentuk video memudahkan orang lain untuk menghadamkan info yang panjang dan padat. Selain itu, video marketing juga membantu orang untuk senang nak recall balik info yang awak dah ceritakan. Sebab tu video 2 kali ganda lebih memiliki potensi untuk di share berbanding jenis content lain.

Kesimpulan

Ambil kesempatan dan guna peluang ini untuk meningkatkan lagi hasil jualan (sales) awak dengan menggunakan marketing jenis video.

Ianya merupakan trend yang menjadi pilihan ramai pada masa kini terutama sekali bakal pembeli awak. Mereka nak tengok awak, untuk meningkatkan lagi kepercayaan mereka untuk membeli dan berurusan dengan awak. 

Malu Nak Tunjuk Muka Sendiri Dalam Video / gambar kat FB IG dll? Episod ini untuk awak >> 4 Tips Untuk Awak Yang Pemalu di Media Sosial

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You cannot copy content of this page