5 Kesalahan Kritikal Mompreneur Buat dan Cara Atasi

5 Kesalahan Kritikal Mompreneur Buat dan Cara Atasi

Suatu masa dulu, hanya suami sahaja yang bekerja. Tetapi zaman hari ini memperlihatkan kita bahawa isteri juga perlu turun padang untuk membantu suami. Terima kasih kepada wujudnya dunia teknologi hari ini yang memudahkan urusan para isteri untuk memilih kerjaya sebagai usahawan yang boleh di buat secara online dan dari rumah sahaja.

Bagi kebanyakan keluarga, cara ini adalah cara yang terbaik untuk menggabungkan tanggungjawab di antara pengukuhan ekonomi keluarga dan perkembangan dari segi tanggungjawab keibubapaan (parenting).

Elak kesalahan dalam bisnes online untuk home based mompreneur adalah sama penting dengan belajar macam mana nak berjaya dalam dunia bisnes online daripada rumah. 

Dalam episod kali ini, Syaza akan berkongsi mengenai 5 kesalahan yang biasa dilakukan oleh golongan mompreneur dan macam mana awak boleh elak bagi mengatasi masalah ini.

5 Kesalahan Biasa di buat oleh Mompreneur dan Bagaimana Awak Boleh Atasinya - Episod 3

Dalam checklist ini, awak akan mendapat susunan pembahagian cara menguruskan kewangan untuk membantu bisnes awak supaya tidak mengalami wang yang bocor.

Awak boleh download dengan klik butang download kat gambar di atas.

Kesalahan #1: Terlalu Eksklusifkan Diri di Alam Maya

Perkembangan dunia teknologi menyebabkan terbuka luas pelbagai pintu peluang. Namun begitu, interaksi antara sesama manusia tetap diperlukan (walaupun secara maya).

Wujudkan sentuhan peribadi (personal touch) antara awak dengan pelanggan atau klien. Perkara ini bukan sahaja boleh membina hubungan yang baik tapi ia boleh membantu untuk beri awak rasa lebih bahagia dan waras sebagai ibu yang bekerja daripada rumah.

Ramai orang yang fokus untuk membina rangkaian customer. Namun begitu, memastikan wujudnya customer yang setia adalah kunci kejayaan sebenar dalam bisnes.

Oleh itu, apa yang perlu awak lakukan bagi mengelak daripada menjadi terlalu eksklusif atau susah untuk didekati sekalipun di alam maya adalah – respon dengan komen, DM, WhatsApp, messenger atau apa sahaja daripada follower, customer dan klien awak. Tetapi tetap awak perlu belajar untuk bina sempadan agar tak menganggu keseimbangan kehidupan awak sebagai mompreneur dan dalam masa yang sama seorang Isteri dan Ibu.

Kesalahan #2: Tidak Melabur atau Melabur di Tempat yang Salah

Terlalu ramai coach dekat luar sana yang boleh beri awak info, tips dan ilmu secara percuma. Percaya atau tidak, ramai dalam kalangan mompreneur.. tak sanggup nak keluarkan duit untuk membuat pelaburan yang berbayar bagi meningkatkan kemahiran personal dan bisnes masing-masing. 

Majoriti, suka benda yang percuma. Namun begitu, mengharapkan keputusan yang besar daripada sesuatu yang percuma adalah sebuah kesilapan. 

Melaburlah dengan membeli servis atau produk berbayar. Jangan takut melabur tapi takutlah apabila terlalu mengharapkan yang percuma dan hasilnya – tiada atau bisnes awak statik.

Selain itu, apabila dah buat keputusan untuk melabur sebagai contoh masuk ke kelas coaching, atau ambil servis coaching, atau beli pakej berbayar untuk belajar lebih lagi tentang sesuatu topik – pastikan awak melabur di tempat yang betul.

Kesalahan #3: Tidak Fokus Kepada Mindset dan Selalu Sabotaj Diri Sendiri

Antara kesalahan terbesar seorang mompreneur adalah tidak menjaga pemikiran (mindset) dan selalu sabotaj diri sendiri. Perkara ini tak seronok untuk kita bincangkan. Sebab tu ramai mompreneur dia suka skip bab ni. Pada dia, tak penting, dan tak sumbangkan apa-apa untuk majukan bisnes.

Padahal, kebenaran dia adalah kita semua memiliki minda separa sedar yang bertanggungjawab untuk mengawal pemikiran, perasaan dan tindak tanduk. Dan kebanyakan dari kita membawa banyak “halangan” dalam fikiran sehingga ia menganggu untuk kita terus bergerak ke hadapan. 

Ia ibarat awak sedang membawa kereta tetapi dalam masa yang sama awak tekan pedal brek!

Sebagai contoh, awak nak kaya. Tapi awak selalu fikir yang tak baiuk tentang kekayaan. Jadi perkara tersebut tak seimbang antara apa yang awak fikir dengan apa yang awak sebut. Jauh di sudut hati, awak nak. Bila datang halangan, contoh paling mudah adalah orang mengutuk, awak terus lemah semangat. 

Belajar betulkan mindset salah satu caranya adalah dengan rajinkan diri bercakap di hadapan cermin sambil sebut impian dan apa yang awak nak capai.

Isu lain adalah tentang keyakinan diri. Walaupun amat penting untuk hargai dan terima kesilapan yang awak telah buat, dalam masa yang sama awak tetap tak boleh jadikan meragui kebolehan diri sendiri sebagai sebuah pilihan.

Kesalahan #4: Gagal dalam Pengurusan Kewangan

Tanpa pengurusan kewangan yang baik, bisnes awak tak akan ke mana (walaupun bisnes awak tu bermula dengan tanpa modal pun sebenarnya!)

Tetap ia takkan beri pulangan yang berbaloi sama ada dari segi masa dan usaha yang awak laburkan untuk kembangkan bisnes. Dari sekecil perkara seperti pemilihan bungkusan untuk pos kepada customer sampailah benda yang besar contohnya pembahagian keuntungan bulanan untuk pelaburan, simpan dan lain-lain. 

Kesalahan #5: Tidak Menganggap Bisnes sebagai Bisnes Sebenar

Apabila awak sedang cuba untuk seimbangkan tugas sebagai seorang Ibu, dalam masa yang sama nak uruskan kerja-kerja rumahtangga dan tanggungjawab kekeluargaan yang lainnya bersama membina sebuah bisnes, terutama sekali bagi awak yang bekerja dari rumah, ianya sangat mudah untuk awak cepat letih dan tertekan. 

Ramai orang cuba buat semua ini dalam satu masa yang sama sebab mereka terpengaruh dengan sindrom superwoman.

Bagi membina sebuah bisnes yang berjaya, awak perlu layan bisnes awak sebagai bisnes! Perlihatkan diri awak sebagai seorang businesswoman.

Tetapkan masa untuk awak fokus kepada urusan pembangunan bisnes, bukan buat bisnes masa awak rasa ada masa lapang. Ini bermaksud, apabila awak sedang bekerja.. awak bukan tengah buat kerja sambil cuci baju, tengah memasak atau tengah melayan karenah pasangan dan anak-anak.

Belajar bina rutin, tabiat dan ruang supaya awak boleh jadi lebih produktif dan efisien untuk bisnes. Awak juga perlu tahu macam mana nak beri keutamaan dengan aktiviti tertentu supaya awak tak buang masa buat perkara yang tidak sumbangkan hasil untuk bisnes awak.

Akhir sekali, awak perlu untuk tetapkan sempadan antara waktu bekerja dan waktu bersama keluarga. Serta, bantu keluarga awak untuk mereka faham sempadan yang awak telah buat. Awak mesti serius dengan diri dan bisnes awak kalau awak nak orang lain pandang awak dengan serius.

Kesimpulan

Perkara paling utama yang Syaza nak awak belajar dari episod ini untuk bantu awak bina sebuah bisnes yang bukan sahaja berjaya tapi boleh bagi awak gembira, ialah awak perlu buat pelaburan dan perbaiki diri setiap hari walaupun cuma satu peratus. Dengan cara ini, awak akan lebih sepadan dan melangkah ke arah impian yang awak nak serta ia boleh bantu elak daripada selalu sabotaj diri sendiri.

Mulakan dengan pengurusan kewangan yang betul. Biarpun masa keuntungan bulanan masih belum banyak. Belajar dari bawah supaya apabila dah banyak, ia akan lebih memudahkan awak.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You cannot copy content of this page