6 Rahsia Naikkan Trafik Blog

6 Rahsia Naikkan Trafik Blog

Tahniah! Lepas buat blog, awak pun dah mula tulis artikel paling basic dan dah ada lebih kurang 3 artikel content. Jadi sekarang adalah masa untuk belajar bagaimana nak naikkan trafik blog!

Trafik ialah merujuk kepada jumlah pembaca yang “masuk” dalam blog awak untuk membaca sama ada keseluruhan blog atau entri pilihan mereka.

Adakah trafik penting? Ya! Tanpa trafik bermakna blog awak hanyalah umpama rumah yang tidak dimasuki tetamu. 

Daripada trafik ini yang akan membawa kepada berlakunya proses jual beli iaitulah hasil jualan (sales).

Dalam episod ini, Syaza akan berkongsi mengenai taktikal rahsia bagaimana nak membawa trafik ke blog awak. Istimewanya, semua rahsia ini adalah apa yang Syaza sendiri buat dan alhamdulillah ianya mendatangkan hasil. 😊

Sekiranya awak belum lagi tahu, Syaza ada website / blog lain berkaitan bisnes (produk) yang Syaza jual.

Sehingga hari ini, paling minimum dalam sehari jumlah trafik yang masuk ke blog tersebut adalah 200. Itu jumlah minimum! Apabila mencecah waktu gaji, ia akan hit lebih tinggi. Maklumlah, orang baru ada kesempatan dan peluang dari segi kewangan untuk membeli, jadi masa itu hit trafik akan tinggi.

Persoalan dia sekarang, macam mana nak bagi orang “jumpa” blog kita dan baca? Jom Syaza kongsi rahsianya!

Cara Nak Tarik Pembaca (Trafik) Baca Blog Awak - Episod 7

Rahsia Naikkan Trafik Blog #1 - Tulis Content Evergreen

Untuk pembaca terus menemui entri awak walaupun bertahun-tahun mendatang, pastikan awak menulis content yang evergreen. Sebuah artikel yang memang digemari ramai dan sentiasa di cari orang untuk di baca. Contohnya adalah berkaitan tips, strategi, rahsia dan sebagainya. Sesuaikan dengan bisnes dan produk yang awak jual.

Rahsia Naikkan Trafik Blog #2 - Kongsi di Media Sosial

Selalu Syaza tekankan yang media sosial ni sangat bagus dijadikan orang tengah untuk bisnes awak. Blog pula, medium utama. Jadi, lepas buat entri.. terus promote ke media sosial awak.

Caranya? Ada Syaza sertakan details dalam freebies episod ini. Download di atas 👆🏻

Rahsia Naikkan Trafik Blog #3 - Blogwalking

Tinggalkan komen di blog orang lain. Antara ciri blog yang perlu awak tinggalkan komen ialah

  • Blog tersebut masih aktif 
  • Entri terbaharu mereka dalam bulan latest (lebih baik kalau hari latest)

Di awal keterlibatan Syaza dalam dunia blogging, Syaza meninggalkan “jejak” ke hampir 50 hingga 100 blog sehari!

Itu waktu mula. Sekarang ini, minimum 10 blog. Hasilnya amat berbaloi. Biasalah, bersusah dulu, bersenang kemudian. Oleh itu, rajinkan tangan komen dekat blog orang lain tau. 

Tips Tambahan 👉🏻 Tinggalkan komen yang berkualiti dan elak daripada blog yang sama niche dengan awak.

Rahsia Naikkan Trafik Blog #4 - Buat Kajian Keyword

Apabila menulis sesuatu entri artikel, pastikan awak menulis selepas sudah mengkaji keyword yang bersesuaian dan memang di cari orang. Contohnya jika awak dalam bisnes berkaitan makanan. Apa ayat tentang makanan yang selalu nak di cari target audiens awak? Kena berfikir dan lakukan kajian. Sebab, rahsia keempat ini ada kaitan untuk hasilkan content evergreen seperti rahsia pertama!

Rahsia Naikkan Trafik Blog #5 - Internal Link

Selepas awak dah mula membina content  yang bagus, pastikan sentiasa link kan artikel terdahulu awak dengan artikel terbaharu. Ini di panggil internal linking, dan ianya memainkan peranan penting dalam Search Engine Optimization (SEO). 

Ini adalah 3 sebab kenapa internal linking sangat penting

  • Membantu Google untuk faham hubung kait antara artikel berlainan dalam website dan blog awak. Info ini akan digunakan untuk tujuan ranking.
  • Internal linking apabila diletakkan secara strategik, akan membantu meningkatkan trafik dan mengurangkan bounce rate
  • Susah nak minta bantuan blog third party terutama sekali bila awak baru je mula blogging, jadi sebaiknya “bergantung” kepada membina internal link sendiri
 

Jadikan satu tabiat untuk awak sentiasa link kan artikel lama awak dengan yang baru. 

Rahsia Naikkan Trafik Blog #6 - Share Kepada Emel Subscriber

Kongsi entri awak kepada subscriber blog emel awak. Mereka adalah raving fan utama yang pasti akan terus mengikuti perkembangan awak dan teruja apabila mendapat emel dari awak!

Kesimpulan

Kerja-kerja menarik trafik masuk ke blog memang susah diawalnya tetapi ia amat berbaloi kerana apabila sudah stabil, trafik akan sentiasa mengalir tanpa henti. Syaza harap awak belajar sesuatu daripada artikel ini dan boleh terus menggunakan rahsia yang Syaza kongsi ini bagi membantu menaikkan trafik blog awak!

2 thoughts on “6

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You cannot copy content of this page