Macam Mana Nak Fokus Bisnes Yang Ada Banyak Produk Dalam Satu Masa

Macam Mana Nak Fokus Bisnes Yang Ada Banyak Produk Dalam Satu Masa

Adakah awak sedang menjalankan sebuah bisnes yang mana dalam bisnes tersebut ada banyak rangkaian produk? Dan adakah awak ada cabaran di bawah:

  • Tak tahu nak fokus yang mana satu 
  • Jual semuanya sampai terlalu letih fizikal dan mental
  • Ikut orang lain, orang jual tu, awak jual tu juga

Amat penting untuk awak mengetahui cara bagaimana nak fokus dalam sebuah bisnes yang memiliki banyak rangkaian produk kerana kalau awak cuba untuk menjual semua benda kepada semua orang, bermakna awak tidak menjual kepada sesiapa pun sebenarnya!

Dalam episod kali ini Syaza akan berkongsi mengenai cara serta strategi dari Syaza sendiri tentang cara untuk mengatasi cabaran pening kepala, letih dengan bisnes yang ada banyak produk. 

Apa Nak Kena Jual Dulu Untuk Bisnes Yang Ada Banyak Produk - Episod 10

Syaza sendiri terlibat dalam industri bisnes yang mana ada banyak sangat rangkaian produk dalamnya. Jika tak kena cara, silap haribulan yang di kejar tak dapat, yang di kendong berciciran. Jadi apa yang Syaza buat ialah dengan memilih untuk fokus berdasarkan tiga perkara yang Syaza akan terangkan dekat bawah.

Tips Fokus Bisnes Jual Banyak Produk #1 - Produk Bestseller

Dalam berpuluh atau lebih produk yang ada mesti akan ada beberapa yang paling popular dan sentiasa mendapat perhatian ramai. Awak boleh fokus kepada produk atau set bestseller ini. 

Tips Fokus Bisnes Jual Banyak Produk #2 - Yang Awak Sendiri Dah Guna Konsisten

Ini yang paling menarik! Fokus jual berkongsi produk yang awak sendiri sedang menggunakannya secara konsisten dan telah mendapat manfaat daripadanya. Fokus yang sebegini akan memudahkan kerana awak akan lebih kepada berkongsi kebaikan. InshaAllah, sales akan datang sendiri dengan lebih senang.

Tips Fokus Bisnes Jual Banyak Produk #3 - Promosi Item

Mesti ada bulan tertentu awak akan berhadapan dengan set atau produk yang di jual dengan promo! Boleh fokus untuknya pada bulan tersebut. Lebih baik jika awak dah prepare awal terutama apabila company awak dah pun menerangkan pelan pemasaran mereka tentang promo lebih awal.

Kesimpulan

Fokus dalam menjual amat penting kerana daripada situ awak boleh mengetahui siapa sebenarnya pelanggan yang ideal awak nak fokuskan. Jika awak cuba menjual semua benda, bermakna sebenarnya awak ibarat tak menjual langsung! 

Jadi pilihlah salah satu dari 3 di atas untuk dijadikan panduan agar awak lebih berfokus kepada sesuatu dalam aktiviti pemasaran (marketing).

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You cannot copy content of this page