Macam Mana Nak Tukar Blog Jadi Dot . Com

Macam Mana Nak Tukar Blog Jadi Dot . Com

Bila awak tengok link blog orang lain dan blog mereka ada dot com.. awak tertanya-tanya, macam mana cara mereka boleh tukar link mereka jadi dot com? Ada juga yang dot my, dot co, dot net, and macam-macam lagi jenis dot yang ada. 

Dot dot dot itu ialah di panggil sebagai domain extension. Itu ayat skema dia la. Tapi kita panggil dot je, lebih mudah. 

So kalau awak ingin mengetahui bagaimana cara nak menggantikan link blog menjadi dot com, teruskan membaca artikel ini.

Apa Itu Dot Com

Dot com ialah salah satu jenis domain extension yang terkenal digunakan dalam kalangan blogger bagi memudahkan orang lain cari blog mereka. 

Kelebihan Tukar Nama Blog Kepada Dot Com

Kelebihan yang tak dapat dinafikan lagi jika awak menggantikan link blog awak yang asalnya daripada .blogspot.com, .wordpress.com, .weebly.com atau .wix.com itu ialah awak akan lebih diyakini oleh pembaca. Kalau awak sendiri, mesti awak akan lebih yakin untuk membaca artikel daripada penulis atau blog yang menggunakan domain extension seperti dot com berbanding yang ada blogspot.com atau lain-lain itu.

Selain itu, bila awak tukar menjadi domain extension dot com, awak memiliki hak penuh ke atas data yang ada dalam blog awak. Kalau perasan, blog Syaza menggunakan domain extension dot co. Kenapa? Itu di lain episod akan Syaza terangkan. Untuk sekarang, kita fokus kepada dot com sahaja kerana ia adalah domain extension yang sangat popular! Blog yang Syaza gunakan untuk content marketing produk fizikal yang Syaza jual serta blog personal Syaza sendiri pun guna dot com tau. 

Cara Mudah Tukar Blog Jadi Dot Com

Sekarang kita akan masuk ke bahagian yang awak nak tahu untuk tukar nama blog awak kepada dot com. 

Macam Mana Nak Tukar Nama Blog Jadi Dot Com Syaza Khan 1

Pertama sekali, awak perlu beli dot com itu. 

Ya, awak kena beli. Dot com tidak percuma. Tetapi jangan risau kerana harganya sangat berpatutan. Ada banyak tempat yang awak boleh mendapatkan dot com tersebut. Syaza menggunakan GoDaddy.com untuk membeli dot com yang Syaza guna. 

Sebelum ini pernah juga Syaza membeli di NetKL tetapi selepas beberapa kali berurusan, Syaza lebih memilih GoDaddy.com kerana ianya lebih mudah digunakan. Jadi Syaza akan kongsikan kepada awak dalam artikel ini step by step yang mudah untuk awak menukarkan blog awak kepada dot com dengan GoDaddy.com.

Macam Mana Nak Tukar Nama Blog Jadi Dot Com Syaza Khan 1

Kedua, cari nama blog yang awak nak. Tapi ada dua keadaan yang awak kena tahu:

  1. Nama blog pilihan awak tak ada dalam senarai dot com. Kadangkala ia dah pun di beli oleh orang lain. Jadi dekat sini, untuk awak yang dah sedia ada blog yang already dah ada content, agak mencabar sikit untuk awak gantikan kepada dot com dengan nama blog yang baru. Ia akan melibatkan proses untuk awak redirect pula nama blog lama kepada yang baru. 
  2. Nama blog pilihan awak memang ada dalam senarai dot com. Yang ini mudah kerja sebab senang nak redirect daripada link lama kepada dot com yang baru.

Sekarang ini Syaza assume yang nama blog awak masih belum lagi di beli oleh orang lain. Bila awak masukkan nama blog yang awak nak dekat GoDaddy.com, keluarlah nama blog awak. Yay! So, boleh teruskan untuk step seterusnya.

Macam Mana Nak Tukar Nama Blog Jadi Dot Com Syaza Khan 1

Ketiga, boleh bayar dan beli. Siap! Awak dah ada blog dengan nama dot com. Nampak sangat profesional blog awak. Diyakini ramai. Langkah seterusnya ialah untuk awak aktifkan pula dot com tersebut, tapi Syaza akan kongsikan di episod training yang lain pula ok!

Jika awak merupakan small business owner yang ada produk untuk di jual, jangan lupa subscribe newsletter Syaza untuk menjadi orang pertama yang mengetahui mengenai blogging tips untuk menjadikan small business awak maju long term!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You cannot copy content of this page