Adakah Saya Perlu Dua Akaun Media Sosial – Kedai Online dan Personal?

Adakah Saya Perlu Dua Akaun Media Sosial – Kedai Online dan Personal?

Bila orang masuk dalam profile sosial media awak, mereka boleh nampak awak tag “kedai online” awak.

Tapi, masalahnya.. bila mereka nak stalk kedai online tu, masuk je kedai ada 3 kemungkinan, sama ada kedai awak kosong takde posting langsung tentang produk yang awak jual, update last tahun lepas atau ianya memang sebuah kedai aktif yang berinformasi.

Jadi sebenarnya, sebagai seorang pemilik bisnes online, perlu atau tidak untuk awak ada lebih dari satu akaun sosial media? Dalam episod kali ini Syaza akan berkongsi mengenai topik ini supaya awak lebih jelas dekat mana perlunya untuk awak salurkan tenaga yang lebih bagi mendapatkan hasil yang berbaloi.

Perlu atau Tidak Ada Kedai Online dan Akaun Personal Media Sosial Dalam Satu Masa Bisnes Online - Episod 13

Untuk figure besar yang ada bisnes online besar seperti Vivy Yusof contohnya, beliau asingkan di antara kedai dan personal space. Beliau ada instagram khas kedai, website rasmi kedai dan dalam masa sama beliau aktif branding kan diri sebagai owner kedai tersebut di personal Instagram sendiri.

Tetapi untuk pemilik bisnes kecil seperti awak, yang tidak memiliki kapasiti pekerja besar termasuklah virtual assistane – yang mana semua awak buat sendiri. Daripada update status, sampai kepada nak fikir copywriting dan buat poster – eh semualah.. memang adakalanya takkan tersempat nak update selalu.

Syaza sendiri secara peribadi ada dua jenis akaun media sosial berbeza untuk kedai online dan satu lagi di bawah brand name Syaza sendiri.

Walaupun Syaza ada 2 jenis akaun untuk setiap media sosial, tetapi tidak bermakna yang Syaza akan nasihatkan awak untuk juga ada begitu. Sebab, ada banyak faktor yang menyumbangkan kepada perlu atau tidak untuk awak ada akaun media sosial berbeza.

Akaun personal biasanya digunakan untuk 2 benda di bawah ini:

🔹 Digunakan 100% untuk ruang privasi bagi awak berkongsi dengan kawan terdekat dan keluarga sahaja tanpa melibatkan orang luar yang awak tak kenal iaitu follower atau friend stranger

🔹 Digunakan untuk branding kan diri awak sebagai seseorang iaitu pemilik bisnes online dan dalam masa sama ruang privasi tetapi kali ini awak bersedia untuk kongsi walaupun dengan stranger

Manakala akaun kedai pula biasanya awak gunakan untuk 4 perkara ini:

🔹 Sepenuhnya kedai. Kat situ awak cerita tentang terperinci produk awak jual – katalog dan sebagainya

🔹 Menggunakannya sebagai platform untuk menggunakan iklan dan marketing berbayar

🔹 Menjadikannya tempat branding diri awak sebagai pemilik kedai dan produk

🔹 Hanya sekadar ada sahaja

Awak perlu untuk ada sekurang-kurangnya 2 jenis akaun sosial media yang membezakan antara personal dan kedai kalau awak memang nak memisahkan di antara ruangan personal dan kerja, boleh fokus update dua medium ini secara berkala, boleh bina content dengan baik untuk dua medium ini, rancang untuk sertakan marketing berbayar dalam perancangan jangka masa pendek atau panjang (seperti FB Ads, IG Ads). 

Tetapi sekiranya awak memang dari awal tak nak pisahkan branding diri awak dan kedai, tak boleh nak fokus update berkala serentak dua akaun dalam satu masa, nak gunakan 100% free cost marketing sahaja – adalah lebih baik untuk awak cuma ada satu sahaja jenis akaun sama ada personal atau kedai.

Jadi awak boleh mula berfikir dan bertindak dari sekarang untuk memaksimumkan tenaga serta usaha awak agar lebih berfokus untuk memberikan hasil yang berbaloi dari segi sales dan income!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You cannot copy content of this page