Pindah Dari Blogger ke WordPress

Pindah Dari Blogger ke WordPress

Blog dah stabil. Ada rank dan SEO yang baik. Buat je carian dekat internet, inshaAllah akan jumpa entri yang di tulis dekat blog yang di buat dengan Blogger.

Tapi kenapa nak tukar blog yang dah stabil tu kepada WordPress?

Itulah Syaza. 

Waktu Syaza mula nak jana pendapatan (income) dengan blog, Syaza dah sign up dengan WordPress. Tapi disebabkan SEMUA orang yang berblogging dalam group bisnes Syaza – mereka pakai Blogger, jadi Syaza pun pergi pada Blogger.

Hati ini pada awalnya memang dah tertarik dengan WordPress. Dalam entri ini Syaza akan berkongsi sebab kenapa Syaza pilih untuk pindahkan www.vitaminsyaza.com yang asalnya dari Blogger ke WordPress walaupun ranking blog dengan Blogger tu dah stabil.

Sebab Pindah Dari Blogger ke WordPress

Sebab 1: Letih dengan coding di Blogger

Bila pakai Blogger, kena banyak main dengan coding. Melainkan kalau awak upah orang la untuk buat benda ni. Syaza buat sendiri sebab alhamdulillah ada la belajar zaman universiti dulu coding simple

Renyah!

WordPress tak payah langsung coding. Drag and drop je. Sangat mudah. 

Untuk menjimatkan masa Syaza daripada fokus bahagian coding ni, baik pindahkan diri ke WordPress yang menjimatkan masa dari pelbagai sudut termasuklah bila nak buat entri dengan kemas.

Sebab 2: WordPress Lagi Mesra SEO

Struktur WordPress serta theme, termasuklah widget dan lain-lain, semuanya mesra SEO. Bermaksud potensi untuk awak mendapatkan ranking di Google dengan WordPress blog tu lebih tinggi dan cepat berbanding Blogger.

Struktur URL di WordPress sendiri dah menunjukkan ianya mesra SEO. Kalau dengan Blogger bila awak buat URL, awak tak ada pilihan untuk struktur kan link URL. Tapi dengan WordPress, awak ada banyak pilihan.

Sebab 3: Pilihan Theme Percuma Banyak

Di Blogger, ada theme yang disediakan tapi sangatlah tak cantik dan terhad. Kalau nak yang cantik sedikit atau nak yang ada boleh bantu SEO awak kena beli dengan third party.

Lepas tu awak kena letakkan theme tu and coding sendiri (lihat semula sebab nombor 1 Syaza pindah dari Blogger ke WordPress).

Berlainan pula kalau di WordPress, sangat banyak pilihan theme yang ada. Sampai rambang mata nak pilih. Lepas tu bila nak tukar tu cuma perlu install and activate. Hanya semudah itu.

Kalau nak edit pun tak perlu guna coding. Cukup sekadar drag and drop, write and edit.

Sebab 4: WordPress Ada Banyak Widget

Bila guna Blogger, awak memiliki keupayaan yang sangat terhad untuk kembangkan blog awak. 

Setakat aim nak buat blog untuk ada paid review, pasang adsense – bolehlah dengan Blogger.

Tapi kalau awak nak lebih dari itu contohnya nak ada integration dengan emel servis, awak tak boleh dapat benda ni kat Blogger.

Di WordPress, boleh. Ada pelbagai jenis widget yang awak boleh guna readymade serta awak juga boleh integrate kan apps berkaitan untuk kembangkan lagi bisnes. Termasuk ChatBot!

Sebab 5: Bersemangat Untuk Beri terbaik

WordPress ni tak percuma. Bayar hosting provider dia.

Bila awak pilih nak dengan WordPress, bermakna awak meletakkan diri untuk ada satu komitmen dan tanggungjawab yang lebih besar.

Kena pastikan pulangan lumayan la. Kalau tak, maksudnya blogging ni cuma hobi yang mahal dan makan duit je. 

Secara peribadi, Syaza akan bersemangat untuk beri terbaik kepada sesuatu yang terbaik walaupun kena ada modal, contohnya WordPress ni la. 

Tak mahal pun. Yang pasti bila benda tu berbayar, ia lagi berbaloi daripada percuma. 

Tak Hilang Rank ke Bila Berpindah ke WordPress dari Blogger

Alhamdulillah rank tak hilang dengan syarat awak tahu cara nak pindahkan supaya tak hilang rank tu. 

Tapi…

Ada yang hilang.

Apa dia? InshaAllah tunggu next entri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You cannot copy content of this page