Platform Media Sosial Mana Yang Ok Untuk Bisnes Online?

Platform Media Sosial Mana Yang Ok Untuk Bisnes Online?

Dengan lambakan sosial media yang ada hari ini dan semestinya bakal ada lagi di masa akan datang.. kadangkala awak runsing memikirkan:

❓ Media sosial mana paling bagus untuk cari customer

❓ Kena ada dekat semua media sosial ke

❓ Platform mana paling terbaik untuk bina branding diri

❓ Kat mana lubuk sales terhebat

..dan banyak lagi persoalan yang bermain dalam fikiran awak.

Jadi dalam episod kali ini Syaza akan berkongsi mengenai platform media sosial mana yang sebenarnya terbaik untuk awak guna bagi memajukan bisnes online awak.

Platform Media Sosial Mana Yang Paling Terbaik Untuk Bisnes Online - Episod 14

Senaraikan sosial media yang ada sekarang. Banyakkan? Facebook, Instagram, TikTok, LinkedIn, Snapchat, YouTube, Twitter – antara senarai popular yang digunakan orang ramai termasuk awak sendiri. So mana satu yang bagus? Sebenarnya, semua pun bagus. Setiap platform ada kelebihan tersendiri bagi membantu awak menjana sales dan income dari bisnes online.

Sebelum awak pilih platform yang paling sesuai untuk keperluan awak, perlu untuk awak tahu yang pertama sekali – sila jangan ikut trend dan hype. Bermaksud, jangan apabila keluar je satu media sosial baru, awak pun pergi bina branding di sana. Dan tabiat ini berterusan apabila lahirnya sesuatu yang baru dari masa ke semasa.

Penting untuk awak sedar yang media sosial ni akan sentiasa ada je yang baru. Namun, tidak semestinya untuk awak berada di situ! 

Selain itu, awak tidak perlu berusaha (try hard) ada di semua tempat dalam satu masa yang sama melainkan awak cuma perlu untuk fokus bangunkan branding diri pada satu tempat utama sahaja. 

Jujur pada diri bahawa mencuba untuk try hard adalah sangat memenatkan – Syaza sendiri rasa penat untuk usaha muncul di semua tempat. Belum sentuh bab masalah algoritma media sosial yang selalu berubah. Lagi stress! Hahaha

Jika nak muncul di semua tempat atas dasar integrated marketing ada cara untuk lakukannya yang mana Syaza tak cerita dalam episod ini – mungkin episod akan datang inshaAllah.

Antara faktor yang perlu awak nilai sebelum pilih platform UTAMA yang terbaik untuk awak adalah

🔵 Siapa target audiens awak dan dekat mana mereka berada?

🔵 Apa jenis content yang awak nak persembahkan kepada target audiens awak?

🔵 Apa kelebihan yang awak ada?

1️⃣: Siapa Target Audiens Awak dan Dekat Mana Mereka Berada

Setiap platform memiliki perbezaan dari segi demografi penggunanya. Kalau target audiens awak adalah remaja, mustahil untuk awak mencapai mereka dekat Facebook sebab Facebook ni ramai orang dewasa aka orang lebih tua. Jadi kenal pasti siapa target audiens yang awak nak mereka ni jadi pembeli awak. Dari situ awak boleh temui jawapan dekat mana mereka ni selalu berada dan berkumpul.

2️⃣: Apa Jenis Content Yang Awak Nak Persembahkan?

Kalau awak pilih untuk buat video, maka tempat yang sangat sesuai adalah yang pertama – YouTube. Jika penulisan pula, Facebook tempat sesuai. 

3️⃣: Apa Kelebihan Yang Awak Ada?

Contoh kelebihan awak ialah pandai menghasilkan poster yang cantik – content dalam bentuk visual maka tempat yang sesuai ialah Instagram. Atau awak pandai berlakon sketsa pendek, maka yang sesuai ialah TikTok.

Faktor di atas ni berkait rapat antara satu sama lain. Tak boleh dipisahkan. Kena bermula dengan soalan pertama dahulu iaitu target audiens awak. Selain itu, soalan bonus yang awak perlu tanya pada diri ialah: di mana follower dan friend awak yang aktif ramai berada?

Ia tidak penting, tapi boleh jadi nilai tambah jika awak dah memang membina branding diri lagi sebelum adanya bisnes online. 👏

Kesimpulannya, ianya bukan tentang awak tetapi tentang siapa yang awak nak serve. Cari siapa mereka dan di mana mereka berada lalu KONSISTEN fokus bina branding di satu tempat itu dahulu. Tidak perlu melompat dari satu platform ke platform yang lain. Menggunakan content yang sama di tempat berbeza itu topik lain yang mana Syaza sendiri sokong usaha marketing sebegini dan Syaza juga buat.

Tetapi kalau awak berlari dari satu platform ke satu platform dengan tidak membina branding diri yang konsisten pada satu tempat – bakal pelanggan awak juga akan berlari-lari meninggalkan awak. Yang mana Syaza pasti awak tak nak perkara itu berlaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You cannot copy content of this page