Segalanya Bermula Dengan Mimpi Pernah terfikir untuk menjadi businesswoman yang memiliki home-based office sambil menjadi nanny kepada anak sendiri tanpa perlu menyerahkan urusan rumahtangga sepenuhnya kepada orang lain? Itulah yang Syaza fikir sejak daripada bangku sekolah lagi. Persekitaran Menyokong dan Sebaliknya Namun begitu, disebabkan persekitaran Syaza tidak begitu mendedahkan kelebihan menjadi surirumah berijazah menyebabkan Syaza […]

Siapa Syaza Khan?

Segalanya Bermula Dengan Mimpi

Pernah terfikir untuk menjadi businesswoman yang memiliki home-based office sambil menjadi nanny kepada anak sendiri tanpa perlu menyerahkan urusan rumahtangga sepenuhnya kepada orang lain? Itulah yang Syaza fikir sejak daripada bangku sekolah lagi.

Persekitaran Menyokong dan Sebaliknya

Namun begitu, disebabkan persekitaran Syaza tidak begitu mendedahkan kelebihan menjadi surirumah berijazah menyebabkan Syaza pernah melupakan sebentar hasrat tersebut.

Sampailah di suatu masa ketika sudah ingin berumahtangga, hasrat tersebut kembali bersinar tambahan pula setelah mendapat dorongan serta sokongan daripada pasangan hidup tercinta. Meluap-luap impian untuk memiliki masa yang seimbang bersama keluarga terutama sekali suami dan anak-anak tetapi dalam masa yang sama boleh berbakti kepada Mak dan Abah Syaza yang telah membesar dan mendidik Syaza.

Bermula 2017

Syaza mula berkecimpung secara serius dalam bisnes network marketing sejak 2017. Menjalankannya dengan medium online sahaja. It is not bad at the first place. Segalanya okay sampailah apabila melahirkan anak pertama. Rasa masa tu asyik tak cukup. Work-life-balance ke laut!

Pengajaran Berguna

Tetapi ianya tidak mematahkan semangat Syaza. Malah, sebuah kesyukuran kerana dari situ Syaza menemui pengajaran dan long term vision. Majoriti mereka yang sama terlibat dengan Syaza dalam bidang bisnes yang sama memang memiliki kewangan yang stabil tetapi apabila melihat mereka yang semakin berjaya, semakin berkembang.. sayang sekali, semakin tidak ada masa berkualiti dengan keluarga, menyebabkan Syaza terfikir apakah slogan “time freedom” yang mereka laungkan hanya retorik semata-mata?

Setiap hari di tekan / di push untuk menjaga online presence. Hidup mati sebuah bisnes, bergantung kepada keberadaan kita muncul. Ya, tak dinafikan ianya benar.

Tetapi……..

Mula Mencari Alternatif Terbaik

“Tak ada ke sebuah sistem yang boleh meng-automate-kan bisnes?”

“Sampai bila perlu repeat buat perkara yang sama?”

Kata nak pencen awal….. tidaklah mahu Syaza menjadi seperti Papa Megah Holding yang selalu dikisahkan dalam drama, semakin kaya semakin tiada masa. Bukan itu tujuan sebenar Syaza menjalankan perniagaan. Jika begitu, sebaiknya Syaza memilih menjadi orang yang makan gaji dengan ijazah daripada USM.

Tanpa berlengah, Syaza mula mencari solusi supaya in a long runSyaza boleh menjalankan bisnes dengan automatik dengan menggunakan medium online. Andai kata suatu masa nanti, internet sudah tidak wujud.. the business masih boleh bergerak dengan baik tanpa perlu start dari scratch!

Secara asasnya, 5 perkara yang Syaza inginkan in a long run ialah:-

  • Downline Syaza boleh berdikari walaupun tanpa Syaza di sisiI am not their boss either, I am their leader instead
 
  • Bisnes boleh maju tanpa Syaza di sisi
 
  • Anak-anak boleh mewarisi sebuah bisnes yang sistematik – memandangkan memang bisnes yang Syaza buat sekarang ini boleh diwariskan secara sah, Syaza melihat jangka masa panjang untuk menyerahkan kepada waris SOP cara menggerakkannya dengan sistematik
 
  • Pencen awal dengan erti sebenarnya – PENCEN! – biasa orang pencen buat apa? Hehe
 
  • Syaza boleh bercuti dengan keluarga tanpa memikirkan perihal bisnes tetapi dalam masa yang sama bisnes tetap kekal maju
 

Persoalannya.. adakah boleh mendapat ke semua di atas? Jawapannya, YA. Mentor pertama yang Syaza temui yang memberi jawapan ini ialah international mentor yang bernama Tanya Aliza. Kedua, selepas membaca buku karya Tim Ferris yang bertajuk 4-Hour-Work-Week ia banyak merubah mindset Syaza tentang bisnes.

Here I am Today

Oleh itu, di sini Syaza hari ini untuk bersama-sama berkongsi manfaat kebaikan kepada awak yang juga memiliki pandangan serta cita-cita yang sama seperti Syaza.

Syaza sangat gembira kerana berjumpa dengan awak. 

Inform Syaza, tentang bagaimana Syaza boleh bantu awak untuk memberi nilai tambah kepada bisnes awak!

CONNECT MORE: instagram.com/syazakhanofficial

You cannot copy content of this page