Susah Nak Konsisten dengan Satu Bisnes? Cuba 5 Tips Ini

Susah Nak Konsisten dengan Satu Bisnes? Cuba 5 Tips Ini

Melompat bisnes atau keadaan di mana kejap buat, kejap tak buat. Sekejap awak buat bisnes A, sekejap bisnes B. 

Adakah awak memiliki cabaran di atas – melompat dari satu bisnes ke satu bisnes ATAU tak lompat tapi tak berjaya nak konsisten.

Macam chipsmore, jap buat.. jap tak. Jika ya, episod ini untuk awak.

5 Tips Konsisten Bisnes Sama Dan Tak Melompat Ke Bisnes Lain Dengan Kerap - Episod 11

Sebenarnya banyak benda boleh buat awak hilang jika awak terus menerus dengan sikap seperti ini. Antara yang TERBESAR boleh hilang adalah kepercayaan orang lain terhadap diri awak. Even rasa percaya awak pada diri awak juga boleh hilang. Itu yang lama kelamaan awak akan mula rasa tidak yakin diri dan kuburkan segala impian yang pernah awak impikan suatu masa dahulu. 

Tips untuk konsisten dengan bisnes #1: Tahu Tujuan

Jika rasa nak putus asa.. ingat balik kenapa awak bermula. Tujuan utama itu sangat penting dalam menjalankan sebuah bisnes yang konsisten. Syaza pasti awak mesti ada sebab tersendiri. 

Antara tujuan utama yang biasa ada ialah dari segi ingin mengukuhkan ekonomi keluarga. 

Di samping itu ada juga dalam kalangan awak yang ingin menggunakan potensi yang ada dalam diri bagi membantu lebih ramai orang di luar sana. Tak kisah. Walau apa pun, awak mesti perlu refresh kembali tujuan awak buat bisnes itu pada awalnya – kenapa?

Tips untuk konsisten dengan bisnes #2: Cari Punca Kenapa Nak Give Up

Ada banyak punca yang boleh menyumbang kepada rasa nak putus asa itu.

Boleh jadi kerana faktor luaran seperti tidak berpuas hati dengan leader, or maybe awak tak puas hati dengan downline awak sendiri. 

Majoriti, “merajuk” kerana perbalahan kecil seperti idea yang tidak dipenuhi, rasa tidak dihargai dan sebagainya. Jika ini masalahnya, ketahuilah bahawa jangan pernah salahkan orang lain di atas ketidakbolehan awak sendiri. Syaza amat menekankan bahawa faktor dalaman itu memainkan peranan yang amat penting.

Kalau awak masih tak buang perasaan tak best ni, trust me.. awak akan ulang sikap yang sama dengan bisnes yang baru. Kerana ianya berpunca dari diri awak, bukan sekeliling. 

Selain itu, ada juga antara awak yang mungkin ingin putus asa berpunca kerana rasa tidak sesuai dengan bisnes tersebut. Jika ini sebabnya, Syaza nasihatkan supaya awak kembali mengkaji pelan pampasan syarikat tersebut dengan lebih dalam. Kerana kadangkala, ia cuma perasaan terutama apabila awak dah buat bisnes yang sama dalam jangka masa lama.

Walhal ada je orang lain yang boleh berjaya dan Syaza pasti awak berada dalam bisnes itu kerana awak dah kaji sedalamnya sebelum terjun ke situ. So.. relearn, belajar balik semula. Cari balik mentor awak yang mana awak selesa berurusan dengannya.

Tips untuk konsisten dengan bisnes #3: Kembali Cinta Pada Produk

Apabila dah lama buat bisnes, kita terlupa untuk kembali kepada yang asas iaitu tentang produk itu sendiri. Cuba periksa adakah awak

  • Guna produk yang awak promote? 
  • Belajar masuk kelas untuk kenal dengan terperinci mengenai produk yang awak jual?

 

Jika ada “tidak” pada SALAH SATU dari soalan kat atas, maka.. awak perlu untuk buat benda itu, Iaitu, guna secara betul konsisten produk yang awak promote dan belajar balik untuk mengenali produk yang awak jual.

Contoh seperti Syaza, sebab banyak sangat rangkaian produk yang Syaza jual, mustahil untuk Syaza consume dan guna semua. Kalau awak juga ada buat bisnes yang jual benda banyak, saranan Syaza adalah kembali balik kepada produk yang membuatkan awak kenal dengan bisnes ini. Guna yang itu. Mesti ada kan yang awak jatuh cinta dengannya.

“Tapi Syaza, macam mana kalau saya buat bisnes ni sebab duit. Bukan cinta produk?”

Ok, maksud awak sebab awak tertarik dengan faktor untung, kewangan dan sebagainya kan. Still, awak perlu jadi consumer produk yang awak jual. Mula daripada set asas atau set permulaan. Baru awak boleh betul-betul feel dalam marketing dan sharing!

Tips untuk konsisten dengan bisnes #4: Tukar Taktik Marketing

Untuk perubahan, awak perlu berubah. Termasuklah dari segi cara approach marketing. Jangan takut kepada pembaharuan tetapi takutlah jika masih berada di tempat yang sama.

Tips yang Syaza boleh beri adalah, tak semestinya apa yang semua orang sedang buat itu betul dan tidak semestinya yang jarang atau belum orang buat itu salah.

Tips untuk konsisten dengan bisnes #5: Belajar Benda Baharu

Sentiasa push diri awak untuk keluar daripada zon selesa. Belajar benda baharu setiap hari walaupun progress-nya 1%.

Antara cara termudah adalah dengan membaca buku ilmiah dan motivasi. Daripada situ awak akan nampak jalan yang lebih luas serta lebih banyak sebab untuk awak stay dalam bisnes yang sedang awak jalankan.

Kesimpulan

Sebenarnya tidak ada istilah sebuah bisnes yang tidak bagus tetapi yang ada hanyalah planning bisnes yang kurang baik. Fokus kepada apa yang awak boleh usaha untuk perbaiki. 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You cannot copy content of this page