4 Tips Untuk Awak Yang Pemalu Nak Bisnes Online Dekat Media Sosial

4 Tips Untuk Awak Yang Pemalu Nak Bisnes Online Dekat Media Sosial

Fuh! Mencabar juga nak buat entri ni sebenarnya. Malu dan bisnes – tak seiring. Nak bisnes, mana boleh malu. 

Tapi itulah hakikatnya. Memang ada yang pemalu tetapi nak berniaga (online pulak tu!).

Ramai dah sebenarnya yang Syaza jumpa even dalam kalangan downline Syaza sendiri. Memang akan keluar ayat seperti, “Ala… malulah Syaza,”

Jadi apa perlu buat ya? 🤷🏻‍♀️ 

Sebelum Syaza pergi lebih jauh kepada point yang sepatutnya, Syaza nak terangkan definisi “pemalu” yang Syaza maksudkan dalam artikel ini.

Kalau awak ada salah satu atau lebih dari ciri yang Syaza senaraikan ni, maka episod ini sangat sesuai untuk awak

  1. Malu nak tunjuk muka di media sosial
  2. Malu sebab rasa takde gaya hidup (lifestyle) yang menarik untuk dikongsikan 
  3. Malu kerana rasa tak layak untuk berkongsi sesuatu
  4. Malu sebab tak hebat macam orang lain
  5. Malu sebab tak pandai buat poster, copywriting yang bagus

Selain dari di atas, bukan definisi malu yang Syaza maksudkan. 😊 Adakah awak ada salah satu atau semua dari ciri kat atas?

Jika YA, jom baca tips macam mana nak mengatasi masalah ini – malu berniaga di media sosial.

Kalau awak lebih kepada rasa tidak yakin berbanding malu episod ini untuk awak – 5 Tips Mula Bisnes Online Dengan Yakin

4 Tips Nak Bisnes Online Tetapi Pemalu di Media Sosial - Episod 9

Cara Bisnes Untuk Pemalu di Media Sosial #1 - Buat Posting Tanpa Tunjuk Muka

Masalah paling besar untuk awak yang pemalu ialah malu nak tunjuk muka dekat media sosial.

Pertama sekali, perlu untuk awak tahu yang awak tak perlu pun tunjukkan selalu muka awak di media sosial. 

Cukup sebulan sekali pun dah ok. Memadai. Kuncinya, ya tetap kena tunjuk muka sebab kita nak orang percaya yang berniaga tu manusia, bukan ayam. 😂

PENTING: Pastikan gambar profile wajib gambar awak sendiri! 

Seterusnya, buatlah posting content yang tidak memerlukan untuk awak tunjuk muka pun. 😊

Antara senarai contoh posting tanpa perlu tunjuk muka

  • Carousel – poster bersiri
  • Kata-kata motivasi dalam bentuk poster
  • Penulisan yang padat dengan info maklumat bernas
  • Quote dalam bentuk simple
  • Kongsi tutorial penggunaan produk dengan suara awak di sebaliknya 
  • Kongsi tempat menarik yang awak / keluarga pernah pergi beserta details tentang kawasan itu 
  • Video pendek dengan latar belakang suara awak atau penulisan pendek yang divideokan
  • Tutorial tentang sesuatu seperti resepi memasak

 

..Dan banyak lagi. 

Cara Bisnes Untuk Pemalu di Media Sosial #2 - Kongsi Educontent

Bagi pengguna terutama sekali Instagram, mesti awak akan dilimpahi dengan pelbagai gambar menarik tentang gaya hidup orang lain. Gambar menarik, berjalan tempat menarik. Facebook pun tak kurang hebatnya dengan posting sebegitu.

Hampir majoriti menjadikan gaya hidup mereka sebagai content untuk menarik orang minat membeli atau bisnes dengan mereka.

Perkara ini membuatkan awak rasa malu atau lebih tepat rendah diri sebenarnya – sebab awak rasa tiada gaya hidup seperti mereka untuk dipaparkan. 

Tak perlu pun nak paparkan gaya hidup. Syaza antara yang tidak bersetuju untuk menjadikan gaya hidup sebagai niche UTAMA. 

Sebaiknya awak boleh bina branding diri dengan berkongsi info yang ada pengetahuan didalamnya yang boleh mendidik pembaca.

Ada 2 cara untuk buat ini:

👉🏻 #1: Buat content info berkaitan produk yang awak jual

Contoh awak jual insurans – kongsilah manfaat insurans, sejarah insurans dll

Motif kat sini, awak BUKAN NAK MENJUAL tetapi awak nak educate pembaca sahaja

👉🏻 #2: Buat content yang takde kaitan pun dengan produk awak jual tapi awak ada sediakan link kalau pembaca nak mula stalk untuk ingin tahu apa yang awak jual sebenarnya

Ini ialah tentang benda yang awak minat. Mungkin awak adalah ejen kek, tapi awak lebih suka masak makanan kampung. Kongsi content berkaitan apa yang awak suka.

Cara Bisnes Untuk Pemalu di Media Sosial #3 - Menerima Kekurangan Diri

Jika awak rasa malu nak bisnes online kat media sosial sebab rasa tak layak nak berkongsi atau rasa tak hebat macam orang lain – ketahuilah yang setiap orang ada kelemahan dan kelebihan tersendiri.

Begitu juga awak. Jangan jadikan alasan ini untuk awak kekalkan rasa malu itu. Mula-mula sekali, terima kekurangan awak. 

Sebagai contoh, awak tak pandai buat video marketing sebab tak ada kelebihan bercakap. Okay, terima itu sebagai salah satu kekurangan. 

Dari situ, discover apa kelebihan awak. Mungkin awak tak pandai video tapi awak hebat menulis, atau awak hebat buat poster yang cantik dan comel. 

“Kalau semua saya tak pandai, Syaza?”

Belajar!

Cara Bisnes Untuk Pemalu di Media Sosial #4 - Mula Dengan Stranger

Sejujurnya Syaza pun malu nak mula dengan keluarga dan kawan sendiri. Hahaha. Jadi point ini istimewa sebab Syaza pun pernah berada di kategori ini.

Apa yang Syaza buat adalah, mula dengan stranger – orang asing. Yang awak tak pernah kenal dia, dan dia pun tak pernah kenal awak. 

Tak perlu berhimpit minta keluarga atau kawan beli. Paling mudah, mula dengan blog. Senang nak dapat customer stranger (dengan belian besar pula tu!).

Lepas beberapa ketika, bisnes awak pun dah stabil. Masa tu percaya atau tidak, keluarga dan kawan akan datang sendiri tanpa awak minta. 😉

Kesimpulan

Banyak cara boleh digunakan bagi mengatasi perasaan malu nak mula berniaga di media sosial.

Cumanya, jangan TERLALU nak MALU. Elak malu yang tidak bertempat. Penyataan ni mungkin cliche – “Takde orang kisah bila awak susah / takde duit. Bukan orang yang bayar bil awak”.

Cliche kan?

Tapi itulah hakikatnya. Berniaga adalah salah satu sunnah Rasulullah SAW. Selagi mana awak buat dengan syariat yang betul, inshaAllah all is well.

Jangan lupa apply 5 tips kat atas tau! Kalau malu jugak – tak dapek la den nak nolong. Betulkan mindset tu semula. 😉

Baca lebih details tentang mindset dalam episod ini – 5 Kesalahan Kritikal Mompreneur (dan yang bisnes online) Selalu Buat + Cara Atasi

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You cannot copy content of this page